Minggu Emas (Jepun)

Minggu Emas (Golden Week, ゴールデンウィーク) merupakan istilah Jepun untuk hari cuti umum yang bermula dari 29 April ke 5 Mei: -Nota: Hari Kanak-Kanak Perempuan (Hinamatsuri) jatuh pada 3 MacHari Buruh yang jatuh pada 1 Mei bukan hari cuti di Jepun, tetapi kebanyakan syarikat Jepun memberi cuti kepada pekerja mereka untuk berehat pada hari itu. Perkataan "Minggu Emas" direka oleh pengendali panggung wayang pada awal tahun 50an apabila dicipta undang-undang baru yang menambah bilangan hari cuti dan disebabkan ini, bilangan mereka yang menonton wayang di panggung wayang meningkat. Pada masa itu iaitu 29 April merupakan hari cuti umum bagi merayakan Hari Keputeraan Maharaja Showa. Setelah kemangkatannya pada tahun 1989, hari cuti itu diubah namanya supaya permulaan "Minggu Emas" kekal pada 29 April. Ramai rakyat Jepun mengambil cuti sempena "Minggu Emas". Minggu Emas memberi mereka jangka masa yang panjang untuk melancong. Penerbangan, kereta api dan hotel sering ditempah hingga penuh walaupun harga mereka lebih tinggi pada minggu ini.